Saudi Railways Organization
Saudi Railways Organization

Saudi Railways Organization

Saudi Railways Organization (SRO) (Bahasa Arab: المؤسسة العامة للخطوط الحديدية) ialah salah satu daripada dua syarikat milik kerajaan Arab Saudi yang mengendalikan rangkaian kereta api negara bersama dengan Saudi Railways Company. SRO mengendalikan rangkaian landasan kereta api dengan panjang keseluruhan sekitar 1,380 kilometer. Rangkaian ini terdiri daripada dua talian utama; sebatang jalur penumpang sejauh 449 km yang menghubungkan kota Dammam dengan Riyadh, dan jalur pengangkutan 556 km yang menghubungkan Pelabuhan Raja Abdul Aziz di Dammam dengan Riyadh. Terdapat rancangan untuk memperluas jaringan ke pelabuhan Laut Merah di Jeddah dan akhirnya ke sempadan Jordan, Yaman dan mungkin sampai ke Mesir.[2] Kelulusan untuk menggabungkan kedua-dua pertubuhan telah diumumkan pada Februari 2021.[3]

Saudi Railways Organization

Laman web rasmi saudirailways.org
Tokoh penting
  • Abdullah Bin Abdulrahman Al-Muqbil (pengerusi)
  • Rumaih Mohamed Alrumaih (presiden)
Ibu pejabat Dammam, Saudi Arabia
Ditubuhkan 13 Mei 1966; 55 tahun yang lalu (1966-05-13)
Hasil SAR 535 juta[1] (2014)
Tempat diberi khidmat Saudi Arabia
Nama asal المؤسسة العامة للخطوط الحديدية